Wednesday 21 May 2014

Satu kucupan hangat dan selamat malam.




" So when u said that u'll love me forever , adakah ia hanya sekadar omong yang kamu bisa ungkapkan tapi kamu sendiri belum pasti ia bersemi dalam hati, or what ? " dia menanya sekadar menguji , atau lebih kepada hanya mengusik .

" No- really . I really mean it. I do love you " balasnya .

" And...You got any reason for that ? " bertanya lagi .

" Hurm...well, aku ini bukannya orang yg petah tentang selok belok cinta . Dan saat ini bila kamu mahukan jawapan , aku lebih senang menjawab bahwa cinta aku untuk seorang kamu itu hadir tanpa memerlukan apa-apa sebab , dan mungkin bisa aku ringkasan that I love you for nothing . Perasaan itu hadir begitu saja, ngerti ? " dalam sehela nafas gadis menjawab .

" Ngerti sih . Apaan jika suatu hari nanti pabila kamu meminta alasan mengapa aku meningalkan kamu, dan bisa saja aku membalas yang selama ini pun cinta kita terbina tanpa sebab yang kukuh . Apakah ia akan berakhir semudah itu saja ? Semudah jawapan kamu sebentar tadi ? " dia terus menduga.

" Hmm...adakah itu bermaksud yang kamu ingin pinggirkan hubungan ini? " gadis menundukkan mukanya .

" Bukan itu maksudku . Aku cuma ingin tahu sebabnya mengapa namaku sering disebut di dalam pejamnya tidurmu yang lena , dalam mimpimu sambil diiringi senyuman , mengapa sering saja kamu berbisik sama bulan tentang betapa kamu inginkan aku dalam hidupmu dan mengapa aku yang menjadi bahu yg pertama sekali kamu cari untuk bersandar pabila kamu rapuh . Aku cuma ingin tahu dari mana datangnya cinta sebegitu buat aku yg tidak seberapa ini " dia memandang tepat di mata gadis . Gadis menghela nafas tenang .

" Jangan khuatir , cinta ku ini tidak pernah memandang siapa kamu sih . Dan mungkin inilah ketetapan tuhan buat kita berdua. Rasa cinta ini - tidak perlu dipersoalkan lagi. Kita berhak untuk bahgia bersama untuk selama, ya, selamanya, dan mungkin juga hingga ke sorga " Balasnya ringkas . Gadis datang menerpa di hadapannya lalu memberikan satu kucupan hangat di pipi dan terus berlalu ke kamar. Dia menoleh sebentar sambil berbisik dalam nada halus.

"  Hari ini giliran aku pula untuk mendengar suaramu bermimpi yang indah indah tentangku. Selamat malam kesayangan " 

Dia tersenyum lagi dan lagi .

Monday 5 May 2014

#TillJannah


Jam dah nak masuk pukul 12.30 tapi enam orang dak dak form five dorm 9 tu masih lagi ligat gigih siapkan esei bahasa inggeris yang sepatutnya disiapkan seminggu lepas . Masa kelas bi pagi tadi , Teacher pun dah mintak tugasan , and uolls know kan reaction student yang kuat mengelat tak siap kerja macam mana .

" Jap teacher , saya nak cari ni " (selalunya sampai habis waktu tak jumpa. Memang takkan jumpa sebab tak buat langsung)

" Teacher, esei dah buat tapi tinggal kat asrama "

dan nak yang paling rilek lagi bila teacher mintak esei, dia...

" Where's your essay  ? "
" Hehe "

Tapi tu la , syukur la diorang semua dapat teacher yang sempoi , boleh watpis watlek lagi . Dan as the result, teacher suruh hantar esok, plus another essay . Satu hari kena siapkan dua (sempoi sangatz). Dan yang paling terkedu sekali si malaun enam orang tu la . Si Saif , Lam , Hisan , Yod , Yojek dan Ezad .

Macam biasa lah , bila buat homework dekat dorm ni lagi banyak duk berborak dari siapkan kerja. Dan bertuah jugaklah dengan adanya si Saif dengan Hisan yang expert bahasa inggeris ni tak sampai dua jam diorang dah siap kedua dua esei guna jurus copy paste. Saif paling awal siap sebab dia memang jenis yang semangat dalam subjek ni. Tapi satu subjek ni je lah , yang lain tu lepu naudzubillah hi min zalik .

" Wei aku tidur dulu ni . Dah siap nanti tutup lampu dorm tau " ujar saif .

" Senyap lah sial kitorang tahu la nak buat apa . Kan semua ? " balas Yojek dan semua menyahut yaaaaaa serentak dan langsung tergelak. Member gurau kasar ni biasalah , its a guy thing. Lainlah kalau perempuan , cepat kecik hati .

" Kahkahkah bangang la kau Jek . Aku serius ni , kang aku amik balik esei aku tu baru kau tau "

" Haa yelah yelah . Main ugut sial dia ni , aku dah after awal awal kan hahaahhaha " . Memang la , siapa saja yang menghuni dorm 9 tu memang tak lekang dek ketawa . Kata orang enam beruk memang rapat sangat antara satu sama lain dan mereka juga punya ukkhuwah yang erat. Ukkhuwah jahiliyah .

Dan selepas setengah jam berhempas pulas yojek , yod, hisan , lam, ezad pun siap jugak tugasan tu . Dan si Saif pulak dari tadi tak dapat lelapkan mata , biasalah setan semua tu memekak sampai nak tidur pun susah.

Bunyi kereta warden pun kedengaran , tapi masing masing endah tak endah , acuh tak acuh saja . Diorang taktau yang bertugas malam tu cikgu Rasis , warden paling garang dalam benua and at the same time dia lah yang paling dihormati.

" Wei jantan dorm 9 . Nak tunggu aku naik lentung sorang sorang baru nak tutup lampu dorm ke! "
. Keras bunyinya jerkahan cikgu Rasis itu . Cukup keras untuk buatkan penghuni dorm tu bergulin dan kecut telur, termasuk si Saif yang ngantuk ngantuk ubi tadi .

" Zad tutup lampu cepat doh nanti dia naik karang " Ujar Lam . Si Yod , Yoje dan Hisan memasing sudah selubung selimut pura pura tidur . Lampu pun ditutup .

Selang lima minit setelah lampu dorm ditutup dan setelah bau ancaman warden itu sudah tak terhidu lagi si Yojek mula bersuara .

" Wei korang dah tidur ke ? "

" Belum ah " Ujar Ezad.

" Lam, San , Yod dah lelap ? " ujarnya lagi

" Tak . Tak ngantuk doh . Begulin kut masa kena hamun suruh tutup lampu dorm tadi " balas Yod. 

" Kahkahkah penakut punya buntut! " Hisan ketawa diikuti empat yang lain. Saif yang geli hati hanya tersenyum sikit sikit . Dia tak nak Yojek sedar yang dia belum tidur , nanti kena kacau. Biasalah malaun punya gurau .

Suasana senyap sekejap . Masing masing punya mata dah berat . Dan kali ni Yod pula yang bersuara .

" Wei beruk semua , sebelum korang tidur aku nak tanya sikit ni "

" Apa lagi ni buntutttttt " Lam membahan . Dekahan ketawa muncul lagi. Saif pasang telinga .

" Kalaulah , ni kalau je tau . Kalau aku mati nanti korang semua menangis sedih tak ? " Yod kedengaran serius . Memang dia nak munasabah diri ke apa ni , getus hati Saif.

" Eh mestilah nangis bodoh . Kau ingat kitorang ni natang takde perasaan ke apa " balas Hisan.

" Haa tu la kan , sedih kut nanti dah tinggal berlima je tak syok la " giliran Yojek pula bersuara.

" betul tu . Sama lah aku dengan Lam mesti sedih punyalah . Kan Lam kan ? " Ujar Ezad

" Haah " balasnya . Jarang kedengaran diorang semua sembang serius ni , Saif masih pasang telinga lagi.

" Saif , kau sedih tak nanti ? " Tanya Yod lagi tapi tidak disahut . Saif buat buat tidur 

" Dah tidur kut tu Yod , kalau tak tanya pun dah tau dia sedih ke tak. Takkan nak tepuk tangan kut bila kawan meninggal. Eh kau nii " Kata Hisan dalam nada mahu berjenaka lagi . 

Betul tu San , tak kira lah siapa je yang pergi dulu antara kita berenam ni mesti aku melalak punya. Takyah tanya pun dah tahu respon masing masing camna . Tu la kan, punyalah rasional Yod ni berfikir sampai pergi jauh pulak . Rare betei. Saif berdialog sendiri .

" Haa nanti dah besar nanti kita kumpul duit satu batch pastu beli tanah nak ? " Yojek menyodok cadangan yang belum diketahui bangang ke bernas setelah lama berdiam diri . Dia tu bukan jenis pesen yang serius sangat , dia dak dak cucuk langit. Short je kepala 24 jam.

" Nak kumpul buat apa ? Nanti kena songlap dengan kau terus tak jadi apa " Lam membalas . Berdekah lagi ketawa diorang . Ezad tersengih bukan main lebar mulut.

" Takdelah , nanti kita semua buatlah tanah tu jadi kubur untuk kita satu batch . Hmmm nak letak nama tanah tu nama apa ha hmm hmmm ? (sambil buat gaya berfikir acah2 serius) " Tanya Yojek lagi. Memang betul la tu cadangan tak berapa nak bernas. Setan ni tau meroyan je .

" Haa apa kata kita letak nama Tanah Perkuburan Gen 96 pastu ada hashtag #TillJannah ! " Kata Hisan. Dan semua berdekah lagi kuat volume naik satu oktaf dari dekahan yang tadi . Saif pulak dah nak begulin dengar diorang borak dari topik serius sampai terus ke laut , tapi Saif kaver lagi. 

Memang la korang berenam ni dah takda akal. Manjang nak mengarut ja duapuloh empat jam. Tak boleh jadi la aku nak lelap mata malam ni . Hahahaha cibai punya member . Saif berdialog sendiri dengan bibir masih tersenyum dengan sinis . 

Hinggalah kedengaran...

" Woi lembu jantan ! Sekali lagi enko semua bising aku naik atas beduk sorang sorang !!!"

Dan serta merta dorm 9 jadi tempat yang paling tersunyi di asrama tika itu.